Monday, February 28, 2011

myMetro ~ Barca gah dipersada


MADRID: Barcelona kini memiliki kelebihan tujuh mata di puncak La Liga selepas persembahan penuh bertenaga Lionel Messi membantu pendahulu liga itu menang 3-0 di Real Mallorca, kelmarin selepas Real Madrid hanya seri tanpa jaringan di Deportivo Coruna.
Pemain Terbaik Dunia itu menanduk cantik gol ke-26 peribadi musim ini untuk meletakkan Barca yang turun tanpa kesebelasan terbaik di depan manakala Real yang menduduki tempat kedua dinafikan tiang dan pertahanan mantap Deportivo.

Barcelona kini mengumpul 68 mata daripada 25 perlawanan manakala skuad Real yang dibimbing Jose Mourinho, 61 mata. Valencia yang beraksi menentang Athletic Bilbao ketinggalan di tempat ketiga dengan 48 mata.

Barca nyata tidak tergugat walaupun tanpa kehadiran perancang tengah, Xavi, pemain pertahanan tengah, Carles Puyol dan penjaga gol Victor Valdes yang cedera apabila dua penyerangnya David Villa dan Pedro menjaringkan gol peribadi ke-17 dan 13 untuk mengukuhkan kedudukan.





Jurulatih Mallorca, Michael Laudrup pernah beraksi untuk Barcelona pada era 90-an bersama jurulatih kelab Catalan ketika ini, Pep Guardiola dan Barca tidak pernah menewaskan kelab La Liga yang dibimbing oleh bekas pemain antarabangsa Denmark yang turut bertanggungjawab membimbing Gatafe sebelum ini.


Kedua-dua pasukan seri 1-1 di Nou Camp, Oktober lalu, salah satu perlawanan yang menyaksikan Barca gagal mengutip tiga mata penuh musim ini. - Reuters...





http://soccernet.espn.go.com/tables/_/league/esp.1/spanish-primera-division?cc=4716

No comments: